Tanda-tanda Kiamat Kecil...


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Uit uit TERbaca pulak artikel ni .. Menarik tertarik aku memang nak SHARE (korang perasan x aku ngah nyanyi ni) =='.. Hahaha TERniat lak aku nak share.. Hei korang sedar x, zaman muasir kini (zaman sekarang), dah ada dah banyak tanda-tanda kecil kiamat muncul sekarang.. Dan tanda-tanda tersebut jelas terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kalau korang x caya kat entry aku or nak baca dengan lebih lanjut pazal tanda-tanda kiamat kecil ni dipersilakan untuk melihat hadis-hadis yang dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi. Kalau malas, baca jela yang di bawah ni..

• Penaklukan Baitulmuqaddis. [X] (tetapi hampir [✓])

• Zina bermaharajalela. [✓]

• Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik. [✓]

• Bermaharajalela alat muzik. [✓]

• Menghias masjid dan membanggakannya. [✓]

• Munculnya kekejian, memutuskan silaturahim. [✓]

• Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan. [✓]

• Ramai orang soleh meninggal dunia. [✓]

• Orang hina mendapat kedudukan terhormat. [✓]

• Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. [✓]

• Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. [✓]

• Bulan sabit kelihatan besar. [✓]

• Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. [✓]

• Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. [✓]

• Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. [✓]

• Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa. [✓]

• Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan). [✓]

• Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam. [✓]

• Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. [✓]

• Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat. [✓]

• Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi. [✓]

• Orang akan melakukan homoseksual. [✓]

• Akan terdapat ramai anak luar nikah. [✓]

• Berkurangnya sifat amanah. [✓]

• Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang). [✓]

• Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya. [✓]

• Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya. [✓]

• Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid. [✓]

• Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik. [✓]

• Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya. [✓]

• Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan. [✓]

• Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara. [✓]

• Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang). [✓]

• Memandang rendah kepada darah (pembunuhan). [✓]

• Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. [✓]

• Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam. [✓]

• Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan. [✓]

• Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan. [✓]

• Banyaknya berlaku gempa bumi. [✓]

• Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan. [✓]

• Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan. [✓]

• Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba. [✓]

• Masjid dijadikan laluan (seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat). [✓]



So..apa pendapat korang..??

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...