Apa Maksud Zina Hati??


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Kat sini aku nak terangkan kat korang tentang maksud zina hati. Ramai orang keliru tentang perkara ni n ada sesetengah manusia x ambik peduli langsung dengan zina hati ni..tambah2 sampai menimbulkan persoalan tentang kapel. Aku selalu dengar n terbaca post2 kat facebook. Yang menyatakan KAPEL ITU HARAM. Bila aku tanya sebab apa haram mesti jerk ada jawapan BOLEH MENIMBULKAN KESALAHAN IAITU ZINA HATI. Terang2 nampak sangat x faham maksud zina hati 2,,kawan2 kapel tu x haram. Ada jugak aku pergi cari kat web www.iluvislam.com kat dalam tu pown ada artikel tentang zina hati. Nak taw apa?? Sila baca keterangan di bawah ni..!!

Zina hati ialah satu perkataan yang ntah beberapa tahun yang lalu mula muncul di web2 islamik yang mana banyak menggemparkan kebanyakkan orang. Mestilah, bunyinya pun dah menggerunkan. Tapi, kupasan tentangnya hanyalah separuh2, ataupun tidak dibuat oleh org yg ahli dlm bidang ini (aku juga bukan orang yang ahli) yang hanya sekadar mengikut logik akal saja. Ini membuatkan ramai org yg keliru, ataupun faham separuh jalan saja. Jadi, mule2 sekali, dari manakah terbitnya perkataan tuh?

"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya." (HR Bukhari). Rujukan : Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.

Dari situlah sebenarnya terbitnya perkataan 'Zina Hati'. Memandangkan ini perkara ini adalah soalan yang biasa dikupas, lalu aku bukanlah mahu menghuraikannya lebih lanjut memandangkan aku bukanlah orang yang layak. Namun, apa yang penting soalan2 ataupun kemusykilan yang selalu berlegar2 di fikiran.

Sebelum itu, semua org pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak boleh lari dari ilmu 'Tasawwuf'. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterangkan oleh org2 sebarangan. Jadi, untuk meyakinkan anda semua, aku akan menulis berdasarkan ilmu tasawwuf yg telah ku pelajari setakat ini.

Berikut adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..

Kemusykilan pertama: "Apakah maksud detail zina hati?"

Al-jawab : Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu berhasrat, berharap, membanyangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.

Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur'an: "Janganlah kamu mendekati zina" (al-isra':32)

Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah "mendekati". Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah "perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan". Harap maklum.

Kawan2, perasaan sayang adalah fitrah semulajadi manusia. Akan tetapi perasaan sayang itu hendaklah disalurkan dengan cara yang betul....

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah bukanlah Keindahan nikmat, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada KeTENTUANNYA... Semuanya telah tertulis di Lawh Mahfuz. Kalau itu jodoh korang, xkan kemana...

Maksud paling pndek .zina hati ialah seseorang yang hatinya mempunyai keinginan untuk berzina dan berangan-angan untuk melakukan zina.

Tetapkan hati teguhkan iman (ingatan buat diri ini jua)

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...