Adam Tolong Bantu Hawa..


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Hai gais..
Apa yang kalian paham berkenaan dengan 
Kehidupan yang saling lengkap melengkapi antara Adam dan Hawa ?
Hmm..
Ya ya I know.. Tajuk harini feveret si Hawa..
Kan kan kan
Mengaku ja lah nak..

Hidup ni tak lari dari cinta
Tak kesah la sesiapa pon
Tipulah tak terdetik rasa nak bercinta tu

Cinta itu fitrah
Tapi, hampa paham ka cinta tu apa ?
Cinta itu suci
So, persembahkanlah sesucinya berlandaskan kasih Tuhan
Cinta tak pernah salah beb
Insan yang menjalin cinta itu yang salah
Kenapa ?
Sebab mengotori cinta dengan hal hal yang tak sepatutnya, hal yang salah
Tak kesah la laki-laki atau perempuan
Sama ja
Jangan nak menyalahkan

Sebagai salah seorang Hawa, saya, Si Zaujah
Ingin mempersembahkan apa yang sebenarnya Hawa harapkan dari Adam
Yalah Lelaki mana buleh hidup tanpa Wanita :D
Kui Kui Kui
Am I right ? XD





Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga ?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...


Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah


Wallahua'lam..
Moga dapat memberi manfaat dan dapat dicontohi oleh kaum Adam yang menginginkan cinta sejati yang membawa ke syurga firdausi.
Hawa ni lemah bhai
So, kalau bukan Adam, sapa lagi nak lengkapi kelemahan Hawa ni ?
Sebab tu lah lelaki dan perempuan diwujudkan secara berpasangan
Bila saling melengkapi
Barulah saling sempurna ;)

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...