Zaman Baru nak UP !

•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Hai gais !!! Howdy today ?
Good or no good ? Such a lovely sky tonight.
Menipu gila Suhana Razak ni.
Padahal dekat luaq sana hujan lebat -_-
Yea yeaaaa Aku bosan senanya.
Dan...
Disebabkan kebosanan aku ni..
I want to tell u about zaman time aku baru nak up dulu XD

Dah almost 3 years I habis sekolah menengah dan aku dirundum pilu (waaaaaaaa muka comey nangis) 
Jujur rindu dekat kawan-kawan..

Betul la cakap orang di setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Arghh sakitnya nak terima perpisahan ni.. Sakit ya amat bila kita kena berpisah dengan sahabat kita kan. Paling aku takuti bila masing-masing melupakan persahabatan yang dah lama terjalin dan lupakan segala kenangan yang telah dirukir  bersama selama bertahun lamanya. Masa sekolah rendah tu tak hairan lah, tak tahu apa-apa lagi. Bila diri dah berada di sekolah menengah, bila diri sudah semakin matang, bila diri sudah boleh memahami erti persahabatan yang sebenar, pasti ia menyakitkan untuk kita lepaskan kan.. Tambah-tambah masa form 4 dengan form 5. Banyak kenangan beb..

Masa form 4 dulu kami tak la rapat sangat. Tapi masa form 4 tahun last nak habis sekolah, tiba-tiba jadi kamcing haha tak kira lelaki atau perempuan. Satu kepala beb... (kau ada?) Siap MOST WANTED lagi (wahaha) ok mengaku budak-budak kelas aku memang nauckal (ejaan kawan aku yang ajar) memang 'FAMOUS' dalam bilik guru. Ada ja isu yang timbul, yang tokok tambah pon ada siap menfitnah lagi. Parah memang parah. Kalau hampa nak faham keadaan kami, hampa kena la belajar and dudok 1 kelas dengan kami haha.. 

Yalah. Tak kenal maka tak cinta kan.
We allsss baik tau. Trust me.

Hei, time sekolah menengah dulu bebudak pandai a.k.a. Kelas A yang paling depan mesti yang 'FAMOUS' kan. Yalahh, pandaaaaiiiii.Tak pown kelas tercorot yang 'FAMOUS' sebab kenakalan dan kemalasan serta kebiadaban yang amat. Tapi bagi tahun 2012 yang meriah betempat di sekolah aku (nama dirahsiakan) lain pulak ceritanya. Budak-budak kelas kedua or pertengahan or kelas B yang 'FAMOUS'. Kononnya la, budak-budak lelaki kelas aku banyak yang ada admire (admire kau), tapi aku tengok ermmm.. Tak mau la kata apa kan, nanti ada orang bawak parang mai rumah aku mana wa nak lari !!.. Selain daripada itu, kami ni nakal lain daripada yang lain sikit. Sikit jala sikit. Hei tapi kami nakal ja taw, tak jahat lagi. Dalam baik-baik kami ada nakalnya :D Biasa bro, budak baru nak up hekhek.. 

Oleh itu, aku, dengan ini, mempersembahkan...
Sebuah cerita.. Tentang kami..
Jeng jeng jeng...


Pertama :

Penah tak hampa bawak masuk Slurpe 7E punya dalam sekolah time pelajaran sedang dijalankan ? Ala Slurpe yang 7E selalu buat promotion tu, yang ada sampai bawak periuk belangga nak pi ambik tu, tipu sangat tak kenai kan. I mean time tengah belajar la. Minum beramai-ramai ok, sorang satu pulak tu. Weh lepas habih minum kami tak buang keh. Kami buat perhiasan dalam kelas, susun bebanyak dekat tingkap. Pernah tak hampa buat? Mesti tak kan har har.. Dua orang daripada kami (pengawas kot beb), pergi keluar beli banyak-banyak Slurpe untuk minum secara berjemaah.. Pepandai la yang lain cover line hehehe.. 


Kedua :

Budak-budak kelas aku ni ada ja akal yang baik punya nak dibuat. Kalau sekali dua takpa lagi beb ni banyak kali :) Ala orang lain pun ada buat kot, juz kami pelik sikit ja (sikit ja tak banyak pown) Orang kalau nak mintak balik mesti la kena ada alasan yang kukuh betul tak? Dan perlu mintak surat kebenaran balik yang ditandatangani oleh PK Hem or cikgu yang bertugas or cikgu disiplin or pengetua betul tak? Dan hampa pon mesti la reka macam-macam alasan. Budak-budak kelas aku tak macam tu. Kami guna alasan yang sama selama kami hidup dekat sekolah ni. Tak pernah lagi la kami tukar. Alasan kami, "Nak pi ambik lesen." Hahaha berulang-ulang kali begitu dan cikgu pown benarkan.. What the .... .. ? Err nothing nothing hehe.. Walaupunbegitu rupa, masih ada lagi yang jujur termasuk aku. Tapi aku tak pernah buat kerja macam tu ok. Percayalah hahaha..

Ketiga :

Lepas boleh balik dengan surat kebenaran yang kami dah kelentongkan, kami pon beransur pulang. Bukan sorang dua tau tapi secara berjemaah angkut geng ramai-ramai =..= Siap keluar naik moto lagi. Yang si pak guard pulak percaya macam tu ja. Padahal surat tu ditunjuk dari jauh. Ada la pak guard baru mai first day keja dah kena kencing dengan kami. Hampas kan =..= Tau tak macam mana boleh keluar ramai-ramai? Kami ambik surat kebenaran yang ditandatangan oleh yang sepatutnya tadi pi potostat haha.. Jadi ada banyak helai la an dan boleh digunakan oleh banyak orang la an muahahaha ^^ Bijak memang bijak. BIJAK KENCING ORANG ==' Kawan aku jugak.. (aku dak, aku baik)


Keempat :

Bila kelas kami tak ada cikgu or cikgu tak hadir, kami akan lepak kat luar koridor kelas berjemaah. Beb, bukan koridor kelas atas tau. Kelas bawah sekali haha. Siap ada 'padang mini' lagi depan tu :P ditanamkan pokok pinang lagi haha. Macam-macam agenda yang kami buat masa lepak tu. Tak kesah la ada cikgu lalu ka tak. Yang pasti kami nak hilangkan kebosanan tu dengan idea kegilaan memasing. Kami akan bernyanyi beramai-ramai tak pon berperang ka dengan kertas bola atau main game (apatah yang glamoursss masa tu, Super Spontan kot) aku pernah kena denda cium pokok pinang bhai. Tak guna. Yang lelaki pulak siap berbaring lagi kat depan tu. Memang pelajar contoh la kami ni kan. Ya ya senior yang memberikan contoh yang 'baik' kepada junior :D Memang 1 blok tengok la kalau kami buat 'kepala' time macam tu. Form 3 and Form 4 terutamanya. Pantang kami buat bising sikit mesti ada ja yang mengendap dari atas, bawah, depan, belakang. Ada jugak mengendap sebab lain taw. Hala, tak ke budak laki sampai ke puang ada ja admirenya.

Kelima

Pernah 1 hari tu cikgu kelas tak hadir. Tiba-tiba member wa yang paling setan antara kami tak pon kepala besaq la dalam kelas aku cakap 
"Wei daripada buang masa dok saja macam ni bek kita baca YASIN !"
1 kelas tekejut bhai. Errr memang bunyik agak felik. Memang tak dinafikan aku pown terkejut siap kata dalam hati "Jantan ni bila start insaf ?" Last-last semua setuju la. Akhirnya bergema jua alunan bacaan YASIN yang diketuai kawan aku yang setan tadi tapi baik pada hari itu. Yang non-muslim pulak buat hal depa ja. Lepas ja bacaan YASIN tu selesai, nah kembali seperti asal tak mengutuk, memaki. Tak memaki, menyakat. =..= Kawan kawan (geleng kepala)

Keenam :

Walaupun kami ni nauckal macam mana sekali pown, tapi prinsip kami "Biaq nakai janji hormat oqang." (baikkan :3) Kami selalu ingat hari-hari yang istimewa such as bezday kawan-kawan, bezday cikgu-cikgu and sambutan yang diadakan di sekolah. Even dalam sehari mesti ada yang tak mai sekolah. Tapi hari yang selalu kehadiran FULL adalah pada hari peperiksaan gooooodddkan :) Ada satu hari yang istimewa ni 14 June. Hari jadi cikgu kesayangan kami a.k.a ibu kami (err kakak kot seperti yang diminta olehnya sendiri) di sekolah. Memang kami sambut kaw-kaw la haha. Berbeza dengan sambutan hari jadi kawan-kawan aku yang kami lebih suka menyambutnya dengan balingan telur, air dan tepung =..= Yang ni aku tak suka -_- Sebab ada satu hari time bezday aku, aku telah dikerjakan secukupnya dengan bebudak lelaki ! Dah la kena simbah dengan air, kena baling tepung pulak. Nasib bukan telur. Bebudak pompuan buleh berkompromi dengan depa. Macam ni dah la. Ni la membe. Macam ni laaaa !!
Fuuuuuuuuuhhhh ! Ingat lagi masa bezday aku hari tu masa last day exam SPM. Keluar ja dari dewan terus kena tenyeh dengan tepung. Betul-betul dekat tapak perhimpunan. Semua tengok woiii malu.. Sekali cikgu-cikgu. Cikgu disiplin mai join sekali kot !! Memang putih melepak aku lepas tu, takyah pakai bedak, takyah sesusah nak putih. Nasib bawak baju spare.


Ketujuh :


And the last one but not less, aku nak cerita pasal hari last sekolah sebelum exam SPM start. Kami buat sambutan hari perpisahan dengan cikgu kelas kami, ala yang ibu atau kakak tadi tu (errr) iaitu Cikgu Suriani Mohd Saad. Hari yang melakarkan seribu satu perasaan masa tu. Bila mana kami menyanyikan lagu "KENANGAN TERINDAH" by Kumpulan Samsons untuk beliau. Aku yang paling tak tahan sebak. Baru nak mula nyanyi dah banjir. Aku ni nampak ja brutal, dalam hati ada taman T.T Siapa la yang tak banjir bila memikirkan hari tu adalah hari terakhir kita bersekolah dan belajar dengan cikgu-cikgu kesayangan kita :') Memori yang tak dapat dilupakan. Tambah-tambah lepas habis lagu tu ja, bebudak laki buleh sambung nyanyi lagu jiwang karat -_- Lagi la meleleh !! Tapi cikgu kesayangan kami tu boleh lagi cover ayu bhai. BTW lastly banjir jugak hahaha.. Terima kasih cikgu. Banyak jasa cikgu pada kami.

Memang banyak sangat kenangan antara aku, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan sekolah :) Memang tak dapat dilupakan. Cukup ni saja aku ceritakan dekat hampa buat masa ni (kecian la kat aku kena taip panjang-panjang) Nanti ada orang meluat pulak (tu yang follower tak up pown -_-) Aku ni seorang yang suka pendam perasaan. Aku tak tau nak mula cerita macam mana (sebab tu masa bertandingan bercerita masa sekolah rendah aku tak dapat hadiah -_-) Tapi bila aku start cerita, dengarlah, bacalah, hayatilah. Sebab susah aku nak share dengan orang kisah hidup aku :) 
BTW thankz sudi membuangkan masa anda membaca ceritaku yang bajet emosional sanggatt ni. Yala kita tak dak tempat nak mengadu. Blog la tempat aku melampiaskan keganasan aku  X) X) X)




Ok la Salam Sayang semua :)
XOXO


Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...