•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••
Typing, typing and typing.. (penat dah) Tapi aku suka sebab dot dot dot.. (xtaw la jugak) Kali ni aku nak bercerita tentang sesuatu perkara yang selalu kita buat tetapi xde jawapan.. Hah ape bende tuh kan.. Wait and see ajelah.. Setiap orang mesti la ada persoalan yang tersendirikan. Kalau boleh nak tanya terus tapi x boleh atas faktor tertentu (korang sendiri tau la) Tapi kita x sedar, bahawa segala persoalan yang timbul dalam fikiran kita ni telah pun dijawab oleh Allah SWT dalam al-Quran... Antaranya ialah :
Typing, typing and typing.. (penat dah) Tapi aku suka sebab dot dot dot.. (xtaw la jugak) Kali ni aku nak bercerita tentang sesuatu perkara yang selalu kita buat tetapi xde jawapan.. Hah ape bende tuh kan.. Wait and see ajelah.. Setiap orang mesti la ada persoalan yang tersendirikan. Kalau boleh nak tanya terus tapi x boleh atas faktor tertentu (korang sendiri tau la) Tapi kita x sedar, bahawa segala persoalan yang timbul dalam fikiran kita ni telah pun dijawab oleh Allah SWT dalam al-Quran... Antaranya ialah :
-> QURAN MENJAWAB:“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.”
[Surah Al-Isra’ ayat 32]
-> QURAN MENJAWAB:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman." sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]
3. KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
-> QURAN MENJAWAB:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
[Surah Al-Baqarah ayat 216]
4. KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
->QURAN MENJAWAB:"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
[Surah Al-Baqarah ayat 286]
5. KITA BERTANYA: BOLEHKAH AKU KECEWA?
-> QURAN MENJAWAB:"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
[Surah Al-Imran ayat 139]
6. KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
-> QURAN MENJAWAB:"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
[Surah Al-Baqarah ayat 45]
7. KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
-> QURAN MENJAWAB:"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
[Surah At-Taubat ayat 111]
8. KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
-> QURAN MENJAWAB:"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
[Surah At-Taubat ayat 129]
9. KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!
-> QURAN MENJAWAB:"......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
[Surah Yusuf ayat 12]
10. KITA BERTANYA: BAGAIMANA LAGI HARUS AKU LAKUKAN?
->QURAN MENJAWAB:“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.“
[Surah Al Mu”min ayat 60]
11. KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU LAKUKAN UNTUK BERUBAH?
->QURAN MENJAWAB:"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
[Surah ar-Ra’d ayat 11]
Dah terjawab bukan.. Haha kita ja yang malas nak cari sebenarnya. Oleh itu, YAKINLAH Allah sentiasa ada untuk para hambaNya.. :)
Inilah kenyataannya....
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D