•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••
Hai sayangsss sayangsss sekalianssss..
Today, I will explain about Aurah. You know aurah ? Aurah is aurat.
So, what is aurah a.k.a aurat ?
Pada mulanya aku rasa macam aku ni memang faham lah memang dah pro aa bab-bab aurat ni. Ilmu didada, haa gitu. Tapi ada la sesetengah tu perasangkaan aku meleset, sikit ja la ya, sikit. (ciss maafkan aku ya Allah)
Tapi bila baca yang ni baru la bertambah + + + sikit ilmu ni dada :) hehe
Hai sayangsss sayangsss sekalianssss..
Today, I will explain about Aurah. You know aurah ? Aurah is aurat.
So, what is aurah a.k.a aurat ?
Pada mulanya aku rasa macam aku ni memang faham lah memang dah pro aa bab-bab aurat ni. Ilmu didada, haa gitu. Tapi ada la sesetengah tu perasangkaan aku meleset, sikit ja la ya, sikit. (ciss maafkan aku ya Allah)
Tapi bila baca yang ni baru la bertambah + + + sikit ilmu ni dada :) hehe
Soalan :
Apakah hukum orang perempuan yang tidak memakai tudung ? Jika ianya haram, keluarkan ayat al-quran dan hadis yang mengatakan ianya haram.
Mohd Kir ,Shah Alam
Jawapan :
Wanita yang solehah iaitu wanita yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai dikalangan wanita di zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menututp semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas.
Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26 ) Jilbab atau tudung adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas , kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman, serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik. Firman Allah SWT maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al Ahzab ayat 59)
Soalan :
Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai 'jeans' dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak ?
Adi, Kuching
Jawapan:
Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah.
Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.
Soalan :
Saya sebagai pelajar di IPT tempatan ingin mengajukan soalan mengenai penempatan pelajar bukan muslim di bilik pelajar Islam. Apakah aurat antara pelajar perempuan muslim dengan pelajar perempuan bukan muslim ?
Shikin, Shah Alam
Jawapan :
Aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut diperlihatkan kepada orang lain. Wanita wajib menjaga diri jangan sampai memperlihatkan auratnya kepada sesiapapun yang tidak diizinkan melihatnya. Begitu juga halnya lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan wanita tidak boleh melihat aurat sesama wanita. Daripada Abu Said al Khudri Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jangan hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki lain dan wanita satu selimut dengan wanita lain..." (HR Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Hadis diatas menjelaskan tentang aurat wanita sesama wanita muslimah dilarang melihatnya, apakah lagi dengan wanita kafir jelas dilarang dan berdosa jika wanita muslimah menunjukkan auratnya, kerana dikhuatirkan menimbulkan fitnah yang besar terhadap orang Islam. Begitu juga dilarang wanita muslimah tinggal serumah dengan wanita bukan Islam kerana dapat menimbulkan fitnah dan bahaya yang sangat besar terhadap jiwa dan agama kaum muslimah.
Rasulullah juga ada menjelaskan tentang bagaimana kehancuran orang-orang bani Israel disebabkan oleh pergaulan mereka dengan orang-orang kafir dan mengikuti cara kehidupan mereka. Oleh sebab itu hindarilah perbuatan tinggal serumah dengan orang yang bukan Islam kerana ia mengganggu akidah dan ibadah kita.
Selamat beramal gais.
XOXO
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D