Pesanan Buat Wanita Islam


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Hai gaiss..
Entry ni aku dapat daripada seorang lelaki.
Dia meluahkan semua isi hatinya melalui 1 buku tentang wanita supaya kaum Hawa zaman sekarang sedar tentang kesilapan diantara sedar dan tanpa sedar seseorang Hawa. 
Moga teladani ;)

Untuk wanita seluruh dunia
Kasih ini buat kalian
:)

Ratuku….
Ingin ku luahkan
Apa yang sudah lama ingin ku luahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku….
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedup madumu
Walau tanpa relamu

Ratuku….
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang segan silu
Melampiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya

Ratuku….
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang ku melihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku….
Bukanlah ku harapkan kau segigih Siti Hawa
Yang berlari-lari antara safa dan marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
Menanti kasih di pintu syurga

Ratuku….
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Walaupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aishah
Bukan juga Rabiatul Adawiyyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak
Berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga haruman-harumannya
Melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga x dapat kembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku….
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan engkau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jaga kelopak mu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar
Memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosak serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku….
Aku bukanlah memandang kecantikkanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang ku harapkan

Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum duka

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...