Kasihkah Aku Pada Rasulullah ?

•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Hai kawan-kawan..

Alahai malasnya aku nak update (sambil garu dahi).. Hello bukan cara aku. Aku banyak cakap ok, and banyak membebel. Tak percaya? Percayalah.. 

Aku nak tulis (ops shilap, maap maap) nak taip (haa) something ni. Tak tahulah kenapa hari ini aku rindu sangat dengan Rasulullah SAW kita. Alahai. Tadi ada la baca 1 post seorang kakak kat dalam FB. Dia post nama-nama PARA RASUL kita. Terus aku nyanyi lagu Raihan yang bertajuk 25 Rasul. Nah, aku ingat nama-nama Para Rasul kot (wahahahahaha bangga den) Eh eh sebelum tu hampa pernah tak dengar lagu ni? Jangan hairan kenapa aku tanya.. Ada juga dalam kalangan kita ni tak tahu nama-nama Rasul tau. Hmm ok kecewa sikit. Ada sesetengah pihak yang menganggap perkara ni remeh temeh.
(how dare u! cincang buat sup maw)

Gais, jangan pandang hal remeh dengan remeh.
Kekadang yang remeh ni lah bawak kesan yang besar

Nak aku bagi KHAS untuk yang tak pernah dengar lagi tu..



Aceh ewah goyang goyang.
Done ? Best kan.. Amalkan la sayang. Kita WAJIB ingat 25 Rasul ni. Jangan jadi orang ISLAM pada IC saja. Buktikan yang anda seorang Muslim yang sejati :).. 
I will proud with you beb.. 

Rindu aku pada Baginda takkan pernah hilang.. Jujur aku nak sangat berjumpa dengan Baginda. Berhadapan dengan Baginda. Luahkan apa yang aku rasa kepada Baginda. Anda pon pasti begitu bukan? Siapalah yang tak nak berjumpa dengan Baginda.. Ya dak?

Tapi..
Apa aku layak ? Diri ini punya banyak dosa, banyak cela, banyak masalah.
Apa baginda mahu menerima aku sebagai umatnya ?
Benarkah aku kasih apabila masih banyak ingkar dengan arahanNya, suruhanNYA ?
Yalah, solat entah ke mana.
Ngumpat ? Jangan cakap lah, asal dudok 1 meja dengan membe-membe ada ja cerita nak bercerita.
Pasal orang itu, orang ini, membe dulu, membe sekarang.. Aib orang and so on.

Ya, aku tak sempurna mana dan tak ada manusia yang sempurna kecuali baginda.
Cuma bezanya kita insan biasa.
Bila buat salah, dipersalahkan, mesti ada yang soal
"Mana ada manusia sempurna ?"
"Semua ada buat salah."
And so on.

Gais,
Kalau kita tau benda tu salah, apa pasal kita buat ?
Simple right.

Yes..
Nobody perfect
But, kita kena cengah, kena elak dari buat salah.
Right.

Ya Allah..
Sampaikan rinduku kepada KekasihMu Ya Allah..
Hati ini terlalu merindui Baginda.. 

Tabarakallah...


Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

My Lovely One :)

•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Hai gaisss...
Acelli kan.. Aku kan.. Nak kan.. Bagitau kan.. Yang kan... Aku kan...
Dah kan... Ada kan...

Anak buah yang pertama !!!!

What a ohsemm my brotherrrr .. 
Good job bro..
Hebat !!
Kan kan kan..

Al-Kisah..

Kejadian ini berlaku di mana pada tarikh 16.9.2012 hari tu. Bertempat di Dewan Bersalin Muslimah di Pulau Pinang pada jam 6.50 petang (kalau x silap la, kalau silap maafkan saya) Telah lahirnya seorang bayi lelaki
Dan telah diberi nama oleh abah dan mamanya 
Muhammad Adam Amsyar Bin Muhammad Shahrul
(sedapkan, biasa la.. kau ada??) 

IT'S ADAM !!!
What a sweet.
My favor name tu.
(BTW mana abang aku tau ADAM adalah nama feveret aku ?)

Nak tengok gambarnye ke?? Banyak tau (dengan senang hatinya aku uploadkan untuk tatapan kalian)
Glamour la Adam lepas ni >.<

Dengan ini, saya MAKSU yang ohsem lagi sweet
mempersembahkan... 
jeng jeng jeng (<---- suara latar, suara latar)



Beginiah rupanya di saat dia dilahirkan setelah berapa jam tak tau 
(maaf hilang ingatan pasal masa -_-)




 Ni pic sebelum majlis bercukur (comey kan kan kan :3)




Ni lepas majlis bercukur. Yang ni haha gaya dia tidoq.
Memang pose febret dia XD




Ni kecik-kecik dah pandai bad mood -_-. 
Mama dia cakap dia bad mood sebab ayah dia balik keja lambat haha.. 
(anak BAPAK)




Tengok kecik-kecik dah pandai pose bergambar. Suka ambik ambar ni :D




Yang ni mata bulat o.O hehe ikowt mama dia




Tengok dia dah pandai gelak :) Kuat menyembang ni hehe




Ni pic Adam dengan abah n mama dia. Cantik kan? Hensem kan? Begitulah jugak aku XD




This is my pic, my mom and my nephew (anak buah laki nephew kan) Agak kabur kan.. Tapi mak aku cantik :D
Dan kenapa aku gelap ?
Sapa tangkap pic nih ?
FAIL !!!

Ok sudah cukup cukup sudah (waaaa kilat my berdentum dentum)
Terlalu banyak untukku mengupload.
That all from me.
Nanti kalau anak buah baru lagi aku upload lagi eh.
Hihihi nok buak geno, ni jo caro ambo nak simpang memori kisah hidup ambo.

Bye.. Salam.. Selamat membaca entry yang lain yeee.
XOXO

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Bercinta BUKAN Bercouple..


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Cinta adalah fitrah manusia. Kata orang cinta datang tanpa dipaksa. Ia juga pergi tanpa dipinta. Jika benar begitu, bagaimana kita dapat mengawal cinta yang hadir dalam diri? Ia adalah amanah dari Allah.


Ramai manusia percaya bahawa cinta itu adalah sebuah anugerah dan fitrah. Namun tidak ramai yang sanggup menerima bahawa cinta itu adalah amanah dari Allah. Allah sematkan dalam hati kita untuk mencintai seseorang. Dalam masa yang sama juga Allah telah menggariskan peraturan-peraturan yang sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba. Cinta yang direstui adalah melalui perkahwinan. Cinta yang tidak mengikut garis panduan Islam ialah dengan bercouple.


Cinta itu ialah rasa yang istimewa dalam hati. Bercouple pula ialah perbuatan menzahirkan kasih sayang antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram dengan bermesej, berdua-duaan, berkasih sayang dan seumpamanya. Jika itu berlaku, ia bukan lagi cinta sejati, tetapi cinta yang telah dikotori hawa nafsu.




Apabila kita mencintai seseorang, kita tidak akan tergamak membawa dirinya ke kancah maksiat. Tidak sanggup membuatkan dirinya bergelumang dengan dosa. Sebagai seorang muslim, cinta kita tidak sama dengan cinta seorang non-muslim. Cinta kita di batasi syarak. Cinta mereka tiada batasan melainkan meluahkannya semata-mata. Oleh itu cinta kita perlukan pengorbanan, bukan sekadar merasai nikmat bercinta.


Apabila kita menyukai seseorang, kita dibenarkan untuk mengenalinya dengan ta’aruf. Samada lelaki atau perempuan, masing-masing boleh berkenalan. Boleh sms jika perlu untuk mengenali hati dan budi bicara masing-masing. Namun bukan bercouple. Selepas kita saling menyukai antara satu sama lain, teruskan ikatan dengan bertunang. Bertunang itu ringkas. Cukup sekadar lelaki bertanya dan wanita bersetuju untuk dijadikan sebagai isteri. Maka sahlah wanita dan lelaki itu sebagai pasangan tunang. Tidak perlu persetujuan ibu bapa, tidak perlu rombongan dan sebarang hantaran. Itu semua sekadar adat Melayu.


Bertunang itu penting kerana dalam tempoh itu, tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik untuk mengenali pasangan kita. Dalam Islam memikat atau melamar tunang orang hukumnya adalah haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ini, maka tidak akan berlaku istilah rampas kekasih orang.


Jaga batasan-batasan pergaulan ketika bertunang. Jika mahu keluar bersama, bawa sekali seorang mahram seperti adik atau abang kepada perempuan itu. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram. Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenalpasti hukum halal haram dan mempunyai kekuatan untuk menegur.


Setelah melalui tempoh bertunang, tentukan samada kita dengan si dia sesuai bersama atau tidak. Jika sesuai teruskan kepada perkahwinan. Jika tidak putuskan tali pertunangan itu dengan baik. Tiada istilah malu apabila berputus tunang. Islam sudah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, usah dikhabarkan hal pertunangan kita itu pada orang ramai. Bertunang itu lebih baik dibuat secara diam-diam. Bukan dengan rombongan cik kiah yang masyarakat Melayu amalkan sekarang.

"Sabda Nabi s.a.w: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)"

Bertunang itu adalah ikatan pengenalan, bukan kepastian. Hubungannya boleh diteruskan dan boleh juga diputuskan. Jika ramai yang mengetahui dan ikatan itu putus maka akan membawa malu besar kepada diri sendiri dan keluarga. Jika tiada orang tahu maka perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Aturan Islam itu sangat mudah dan indah. Cuma kita sahaja yang kurang memahaminya.


Penerangan di atas berlaku jika kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang. Bagaimanapun jika salah seorang tidak bersetuju, kita dibenarkan untuk terus berusaha memikat hatinya tetapi jangan melampau. Cukuplah sekadar 2-3 kali percubaan bertanya samada tanya sendiri kepadanya atau kepada orang tuanya, atau meminta bantuan orang ketiga untuk berbuat demikian. Jika berterusan ditolak, maka abaikanlah saja si dia. Itulah perngorbanan kita dalam  bercinta.



Andai benar kita mencintainya, cukuplah sekadar melihat si dia bahagia dari terseksa mengikut kehendak hati kita. Mencintai seseorang tidak bermakna kita turut akan dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya. Bahkan ramai pasangan suami isteri yang telah berkahwin atas dasar saling mencintai juga tidak dapat mengekalkan perkahwinan mereka sehingga akhir hayat kerana tiada kesefahaman. Perkahwinan mereka diakhiri dengan perceraian.


Oleh itu usahlah bersedih dan bermuram durja terlalu lama setelah cinta ditolak. Mulakanlah langkah untuk mencari cinta dengan insan lain. Pencarian itu biarlah kerana kita ingin berkahwin dengannya. Bukan sekadar bercouple dan berkasih-kasih semata-mata. Maksud ingin berkahwin yang saya nyatakan ini adalah seperti proses yang dinyatakan di atas. Taaruf, bertunang dan teruskan kepada perkahwinan. Jika belum bersedia untuk berkahwin, maka usahlah melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti bercouple. Kerana ia hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala.



Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Adam Sedar lah...


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

❤*❤*
(¯`v´¯) Bismillahirrahmanirrahim...
 `·.¸.·´`·.¸•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•

*❤ Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh...

••
♥❤ Wahai adam...

 Hawa itu tercipta indah dari rusukmu yg bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.. tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus?.. Mana mungkin kayu yang bengkok, menghasilkan bayang yang lurus.. 

 Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Apa yang tiada dalam syurga?.. Namun adam tetap rindukan hawa.. 

 Akal setipis rambutnya.. tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati  serapuh kaca...kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera.. hiasilah ia dengan akhlak.. 

 Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah.. sebaliknya, di situlah kasih dan sayang Allah.. 

 Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah.. 
 
 Lunakkan telingamu dan ajarinya dengan nafas alunan suci Quran...
Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam.. 

  Bimbingilah hawa di jalan NurNya.. bukan menyesatkannya..
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah.. bukan meracuninya..
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya.. saling membantu..
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan.. 
 
 Kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih syg padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya... 

••♥❤ Semoga dia menunggumu di syurga kelak, sebagai bidadarimu... 
•.¸¸¸¸.• Insya'Allah.. Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiin.. •.¸¸¸¸.•


Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

M.A.L.A.M


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••


Malam Itu Sungguh Sunyi
Manusia Lena Dibuai Mimpi Indah
Merempit Di Jalan Raya Menjadi Taruhan
Membaca Al-Quran Jauh Sekali
Merintih Kepada Yang Maha Esa Satu Keajaiban

Adakah Malam Itu Hanya Dijadikan Waktu Berehat
Apakah Ibadah Mu Di Siang Hari Telah Mencukupi
Alasan Apa Lagi Yang Ingin Dirimu Lontarkan
Alangkah Indah Jika Diselangi Qiyamulail Dengan Titisan Air Mata
Aku Hanya Mampu Berpesan Kerana Aku Juga Makhluk Seperti Kamu

Lampu Dinding Jadi Peneman Di Kala Malam Hari
Lunaknya Suara Qari & Qariah Di Corong Corong Radio
Letih Melihat Gelagat Manusia Yang Tidak Sedarkan Diri
Lambaian Disko Menggelamkan Hati Yang Kering Kontang

Adakah Aku Telah Menunaikan Janjiku ?
Amanat Yang Telah Ku Pegang Semasa Di Alam Roh
Atau Aku Sekadar Buat Buat Lupa Kerana Aku Hanyalah Insan Biasa
Akhirnya Sendiri Juga Menyesal Bila Pintu Taubat Sudah Tertutup

Masyaallah
Mengapa Aku Mendustakan Kebenaran
Mengapa Aku Sering Menyalahgunakan Nikmat & Pancaindera Kurniaan Dari Mu
Mengapa Aku Sering Mengeluh Bila Tuhanku Sedang Mengujiku Keimananku
Mungkin Aku Terlupa Dengan Firman Allah Swt Yang Bermaksud :

"Apakah Manusia Itu Mengira Bahwa Mereka Dibiarkan (Saja) Mengatakan: "Kami Telah Beriman", Sedangkan Mereka Tidak Diuji Lagi. Dan Sesungguhnya Kami Telah Menguji Orang-Orang Sebelum Mereka. Maka Sesungguhnya Allah Mengetahui Orang-Orang Yang Benar Dan Sesungguhnya Dia Mengetahui Orang-Orang Yang Dusta".

Q.S. Al Ankabut [29]: 2-3


Nukilan : Darah Jawi

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Falsafah Kejadian Manusia Menurut Sains Dari Perspektif Islam


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Kesan daripada simptom bosan yang agak melampau, aku telah pu  berjaya mengkaji berkenaan SAINS pulak.. Memang tak dinafikan aku memang tersangatlah tak suka dengan subjek ini. Paling menyusahkan salain ADD MATH, BI dan AKAUN.. Perhh nak nangih aku time SPM dulu.. 
Apa-apa pon enjoy la dengan penyelidikan aku ni ya.
Hasil daripada menyelidik di entry yang lain mahaha.. 

PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA

Buku “The Developing Human” (Makna: “Manusia Yang Berkembang”-pent.) ditulis oleh Profesor Keith Moore telah diterjemahkan ke lapan bahasa. Buku ini dianggap sebagai satu rujukan saintifik dan dipilih oleh satu jawatankuasa khas di Amerika Utara sebagai buku terbaik yang ditulis seorang penulis. Kami bertemu dengan penulisnya dan membentangkan kepadanya beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan bidang kepakaraannya dalam kajian embrio.

Profesor Moore yakin dengan bukti-bukti yang kami tunjukkan. Justeru, kami tanyakannya soalan berikut: “Tuan menyatakan di dalam buku tuan bahawa ketika Zaman Pertengahan (‘Middle Ages’) tiada perkembangan di dalam pengkajian sains embrio dan hanya sedikit ilmu tentangnya ujud ketika itu. Pada masa itulah Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda s.a.w. memimpin manusia berdasarkan apa yang Allah s.w.t wahyukan kepadanya. Terdapat di dalam Al-Quran penerangan terperinci mengenai penciptaan manusia dan peringkat-peringkat perkembangan manusia. Tuan seorang ahli sains yang terkenal di seluruh dunia. Jadi mengapa tuan tidak berlaku adil dan menyatakan kebenaran ini di dalam buku tuan?

Beliau menjawab: Anda ada buktinya dan saya tiada. Jadi, mengapa anda tidak mebentangkan bukti-bukti itu kepada kami?

Kami bentangkan kepadanya fakta-fakta (dari Al-Quran dan Hadis) itu dan Profesor Moore terbukti sebagai seorang ahli ilmu yang hebat. Di dalam edisi ketiga bukunya, beliau membuat beberapa perubahan. Buku ini telah diterjemahkan ke lapan bahasa, termasuklah Bahasa Rusia, Cina, Jepun, Jerman, Itali, Pertugis, dan Yoguslavia. Buku ini telah diedarkan keseluruh dunia dan dibaca oleh kebanyakan ahli-ahli sains terkemuka dunia.

Profesor Moore menulis di dalam bukunya mengenai Zaman Pertengahan: Perkembangan sains amat perlahan ketika Zaman Pertengahan, dan ada beberapa kajian penting mengenai embrio dibuat di zaman itu yang kita ketahui. Ada disebut di dalam Al-Quran, kitab suci orang Islam, bahawa manusia terbentuk hasil dari percantuman antara air benih lelaki dan wanita. Beberapa ayat memperkatakan tentang penciptaan manusia dari setitik air mani, dan ada juga ayat yang menyatakan bahawa ‘makhluk‘ yang tehasil dari percantuman itu akan hidup seperti ‘benih’ di dalam tubuh wanita enam hari selepas kemudian. (‘Blastocyst’ manusia mula hidup selepas 6 hari percantuman antara benih lelaki dan telur wanita. Rujuk Gambarajah 4.1)

Al-Quran juga menyebut bahawa air mani bertukar menjadi seketul darah beku. (‘Blastocyst’ yang hidup atau yang keguguran berbentuk seperti darah beku). Selain dari itu, menurut Al-Quran embrio juga dinyatakan berbentuk seperti lintah. Embrio sememangnya berbentuk seperti seekor lintah. Embrio juga disamakan bentuknya dengan sesuatu yang dimamah- seperti ‘gum’ atau kayu. (‘Somites’ memang nampak seolah-olah sesuatu yang ada kesan gigi akibat dimamah- Tengok gambarajah 4.2).

Embrio yang sedang membesar disifatkan sebagai manusia ketika berumur 40 hingga 42 hari. Ketika itu embrio manusia tidak lagi berbentuk seperti embrio binatang. (Rujuk Gambarajah 4.3) (Embrio manusia mula mempunyai ciri-ciri kemanusiaan pada peringkat ini). Al-Quran juga menyatakan bahawa embrio membesar di dalam tiga keadaan atau dinding yang gelap. Ini mungkin merujuk kepada (1) dinding perut ibu (2) dinding ‘uterine’, dan (3) ‘amniochorionic membrane’ (rujuk Gambarajah 4.4.). Ruangan yang terhad tidak membenarkan perbincangan lanjut mengenai banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang memperkatakan tentang perkembangan bayi di dalam kandungan.

Itulah kenyataan Dr. Moore di dalam bukunya yang telahpun didearkan ke seluruh dunia, segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t.. Penemuan sains telah menyebabkan Profesor Moore merasa bertanggungjawab untuk menulis perkara-perkara tersebut di dalam bukunya. Beliau kemudiannya berkesimpulan bahawa pengkelasan moden mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio, yang dipakai di seluruh dunia, susah untuk digunakan dan tidak lengkap. Ia tidak menyumbang kearah usaha memahami peringkat-peringkat perkembangan embrio kerana ianya dikelaskan berdasarkan nombor, iaitu peringkat 1, 2, 3, dan seterusnya. Pengkelasan yang Al-Quran nyatakan pula tidak bergantung kepada system nombor. Sebaliknya ianya berdasarkan kepada keadaan embrio yang senang dicamkan atau bentuk embrio ketika itu.

Al-Quran mengenalpasti peringkat-peringkat perkembangan kandungan seperti berikut: Nutfah yang bermakna “satu titisan” atau “sedikit jumlah air”; ‘alaqah yang bermaksud “satu makhluk yang berbentuk seperti lintah”; mudghah yang bermakna “sesuatu yang kelihatan seperti dimamah”; ‘idhaam yang bermakna “tulang” atau “skeleton”; kisaa ul idham bil-laham yang bermakna pembungkusan tulang dengan daging atau otot, dan al-nash’a yang bermakna “pembentukan janin yang boleh dicamkan”. Profesor Mooree menyedari bahawa pengkelasan oleh Al-Quran ini berdasarkan kepada peringkat-peringkat kandungan bayi yang berbeza. Beliau mengakui bahawa cara pengkelasan ini memberikan satu pengenalan saintifk yang canggih dan ianya lengkap dan senang digunakan.

Di dalam satu persidangan yang dihadirinya, Profesor Moore berkata begini:

Embrio berkembang di dalam rahim ibu atau ‘uterus’ dengan dilindungi oleh tiga lapisan pelindung seperti yang ditunjukkan di dalam ‘slide’ yang berikutnya [‘Slide’ tidak ditunjukkan-pent] (A) ialah dinding perut ‘anterior (B) dinding ‘uterine’ dan (C) ‘amniochorionic membrane (Rujuk Gambarajah 4.5) Perubahan proses yang berterusan menyebabkan pemeringkatan embrio manusia amat kompleks. Justeru, dicadangkan satu sistem pengkelasan yang baru diperkenalkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang digunakan di dalam Al-Quran dan Hadis. Sistem yang dicadangkan ini amat mudah, menyeluruh, dan menepati fakta-fakta terkini mengenai kajian embrio.

Kajian mendalam mengenai Al-Quran dan Hadis sejak empat tahun yang lalu telah memberitahu kita tentang satu sistem untuk mengkelaskan embrio manusia yang amat menakjubkan disebabkan ianya di’catat’kan pada abad ke-7 Masehi. Walaupun Aristotle, pengasas kajian sains embrio, menyedari tentang embrio ayam yang berkembang berperingkat-peringkat melalui kajiannya terhadap telur ayam pada abad ke-4 Sebelum-Masehi, dia tidak mencatatkan dengan terperinci mengenai peringkat-peringkat perkembangan itu. Justeru, tidak munasabah untuk dikatakan huraian Al-Quran mengenai embrio manusia berdasarkan kajian sains ketika abad ke-7 itu. Apa yang munasabah hanyalah hakikat bahawa penerangan itu diwahyukan kepada sendiri oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak mungkin tahu mengenai fakta-fakta itu kerana baginda seorang yang tidak tahu membaca dan tidak pernah mengikuti sebarang kursus berkaitan sains.

Kami memberitahu Dr. Moore, ‘Apa yang tuan kata itu benar, tetapi ia masih pincang berbanding banyak lagi ayat-ayat berkaitan kajian embrio dari Al-Quran dan Hadis yang telah kami bentangkan kepada tuan itu. Jadi, mengapa tuan tidak berlaku adil dan bentangkan keseluruhan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang membincangkan bidang kepakaran tuan itu?”.

Profesor Moore menegaskan beliau telah pun memasukkan rujukan yang sesuai di dalam buku saintifik yang khusus. Walaubagaimanapun, beliau mengajak kami menambah di dalam bukunya mana-mana ayat Al-Quran dan Hadis yang berkenaan, dan menerangkan tentang aspek keajaiban ayat-ayat itu. Kami lakukan yang demikian dan kemudiannya Profesor Moore menulis mukadimah kepada tambahan bercorak Islamik ini dan hasilnya seperti yang anda saksikan sekarang. Di setiap mukasurat yang mengandungi fakta mengenai kajian sains embrio, kami catatkan juga ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan. Apa yang kita saksikan hari ini ialah Islam sedang mara ke dunia baru di dalam satu kelompok manusia yang adil dan berfikran terbuka.



Terima kasih kerana memberi perhatian yang sepenuhnya hehehe...See u soon..!!
XOXO

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Pengorbanan Seorang Ayah....


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••


Khas buat abah, ayah, papa, baba, walid, abi, father, daddy... 
A great man in my life... 



My Soul...


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk bertanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita ?

Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu bertanyakan apa yang kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak 

"Sudah diberitahu ! Jangan minum ais !".
Tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risaukan kita ?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata 

"Tidak boleh !"
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita ? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaan yang diberi... Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau ke kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan itu dan ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya.. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga..


Sampai satu ketika, jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya.. Dan akhirnya., aat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis ?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan diapun berdoa, 

"Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersma cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


Sayang Abah

* Mungkin ramai yang tak kisah akan kasih sayang seorang ayah dan redhanya. Saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita ? Kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.
* Sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya. 
* Answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian ? Yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian dan tanpa dia, kalian tidak akan wujud ?
* Seorang ayah sanggup buat apa saja untuk anaknya. Kita saja yang tak pernah puas dengan keperluan hidup sendiri.
* Kita selalu berimpian mahukan jodoh yang menyayangi dan mencintai kita seumur hidup. Tapi, tahukah kalian seorang ayah selalu berdoa dan berharap agar kita peroleh pasangan yang lebih menyayangi kita lebih dari diri ayah sendiri ?

Semoga semua 
abah, ayah, papa, baba, walid, abi, father, daddy 
di dunia berada di bawah lindungan rahmatNya.
Amin.

XOXO


Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Rasulullah Menangis Melihat Perempuan


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisr'k hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

"...hidup kita belum cukup sempurna dan tak akan menjadi sempurna....tapi kita perlu lebih matang sebab banyak perkara bakal kita tatang...kita perlu jadi manusia bukan sekadar orang....kita perlu jadi insan sebelum dipacakkan nisan!! INSYAALLAH..



Agak-agak kan apa perasaan Rasulullah SAW jika baginda masih ada sekarang ? 
Agak-agak macam mana perasaan baginda ? Mesti baginda rasa sedih dan kecewa sangat kan tengok sikap-sikap dan kelakuan para umat baginda sekarang, tidak kiralah lelaki ke perempuan..hmmm
..Wallahualam..




Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Rupa Hari Kiamat Kelak


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Hai gais...
Hari ni wa nak kongsi pasal Hari Kiamat.
Untuk teladan dan pengajaran bagi kita semua. 
So, bersiapsedialah dengan bekalan ilmu agama masing-masing ye...

P/S : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna. Gambaran Hari Kiamat ...

 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali... Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 



 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. 
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. 


 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 

 Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
① Sedekah/amal jariahnya. 
② Doa anak²nya yang soleh. 
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.





Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...