KENAPA WANITA LEBIH BANYAK TANGGUNGJAWAB BERBANDING LELAKI? ADILKAH? BUKANKAH TUHAN ITU MAHA ADIL?


•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Ramai orang x taw, wanita sekarang ni lebih banyak tanggungjawab diorang daripada lelaki taw..(lelaki je yang xtaw benda ni) Hehe hebat kan wanita.. So, wanita Islam kenalah bersyukur bila Allah ciptakan kita sebagai seorang perempuan yang beragama Islam. Banyak keistimewaan kita ni sis.. Allah s.w.t. tu Maha Adil kawan .. So, kita x boleh la mengeluh sebab banyak tanggungjawab yang kita kena laksanakan.. Ganjarannya sangat setimpal dengan tanggungjawab kita tu.. Apa x cya?? Baca la entri ni sampai habis okey.. 




• Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
• Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
• Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
• Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
• Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
• Wanita wajib taat kepada suaminya.
• Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
• Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

***Pernahkan anda lihat sebaliknya? 
• Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 
• Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
• Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakanhartanya untuk menyara isteri dananak-anak. 
• Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
• Wanita lebih mudah untuk mendapat pahala melalui suaminya.
• Wanita lebih mudah untuk mendapat pahala berlipat kali ganda berbanding lelaki.)

***Pernahkah anda melihat tanggungjawab lelaki pula?
• Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
• Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
• Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
• Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.


Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
• isterinya,
• ibunya,
• anak perempuannya
• saudara perempuannya 



Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4orang lelaki ini :
• suaminya
• ayahnya
• anak lelakinya
• saudara lelakinya


Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :
• sembahyang 5 waktu
• puasa di bulan ramadhan
• taat suaminya
• menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Allah azzawajalla itu Maha Perancang, Maha Adil, Allah menciptakan hambanya dengan adil, ada kelebihan masing-masing, ada pula kekurangan masing-masing. Tetapi hambaNya yang selalu mempertikaikan ciptaan Allah, selalu mencabar Allah dengan melanggar perintahNya, seperti banyak yang kita lihat sekarang ramai yang tidak bertudung. Mereka ini benar-benar mencabar Al-Quran, Hadis dan Sunnah


See bertapa beruntungnya menjadi wanita ni.. Alhamdulillah aku sangat bersyukur sebab dilahirkan sebagai wanita Islam.. hehe lelaki jangan la kecewa ok.. Korang [un istimewa jugak ape.. Nak taw cari la sendiri ok.. Aku bukan lelaki nak siasat sendiri.. Ala relaks la.. nanti kalau aku ada terjumpa dengan entry berkenaan dengan keistimewaan lelaki aku post la ek.. don wori tapi dengan xyarat korang kena la selalu lawat blog ak ni haha deal?? 

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...