•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••
Jika TAKDIR ingin memisahkan kami, biarlah aku pergi dulu sebelum dirinya Ya Tuhan. Aku tak sanggup, air mata ini menitis kerana seolah-olah mencabar kekuasaanMu.
Kucing seekor mati pun separuh jiwa ini melayang pergi.
Apatah lagi beliau yang telah bertaruh nyawanya untukku.
Untuk ibu, ku karang warkah ini buatmu..
Kucing seekor mati pun separuh jiwa ini melayang pergi.
Apatah lagi beliau yang telah bertaruh nyawanya untukku.
Untuk ibu, ku karang warkah ini buatmu..
My Bearth...
Ibu
Insan yang melahirkan aku ke dunia
Belaianmu penuh dengan kasih dan sayang
Bicaramu membuatku tersenyum manja
Indahnya saat aku menatap matamu Ibu
Besar jantungku ketika hidungmu menyentuh pipiku
Ukhuwah ini sungguh membahagiakan
Apatah lagi bila diriku dipilih untuk menjadi anakmu
Apatah lagi bila diriku dipilih untuk menjadi anakmu
Inginku ucapkan sejuta terima kasih padamu Ibu
Bila telah tiba masa, inginku balas segala jasamu
Pada jangka hayatmu tak akan aku persiakan wahai Ibu
Impian diri ini hanya ingin membelamu hingga ke akhir hayatku
Biarpun lautan kemiskinan melanda diri ini
Tidak sekali aku membiar dirimu terpenjara di Rumah Pengasih
Ibu
Kau ratu hatiku
Kau belaian jiwaku
Kau kekasih ku
Tuhan
Aku cuma minta rasa ini kekal buat selamanya
Aku cuma mahu rindu ini jangan pernah pergi
Buat para ibu-ibu didunia
Engkau adalah anugerah yang terhebat
Terima kasih
Kerana sudi berkorban apa saja demi kami
anak-anak
:)
:)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D