Wahai Muslimah..

•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••




Wahai muslimah,

Pernahkah kau mempunyai perasaan terhadap seseorang,
rasa rindu kepada seseorang..

Pernahkah kau terfikir kenapakah perasaan begitu hadir dalam diri kita,

Sedangkan Allah melarang kita bercinta..

Usahlah kau memikirkannya wahai muslimahku sayang,

kerana perasaan CINTA itu ialah FITRAH manusia.
CINTA hadir tanpa diundang oleh diri kita.

Ia adalah ujian dari Allah..

Allah ingin menguji iman kita..
Kuat ataupun tidak..


Sememangnya seronok ketika bercinta..

Tetapi..
ia akan membuatkan kau menderita..
Percayalah wahai muslimahku sayang..

Aku sedar,

diriku juga tidak sempurna..
Aku juga mengingatkan diri ku ini..
Aku ingin kita semua.
menjadi perhiasan yang terbaik di dunia ini..
Dan menjadi bidadari di syurga yang hakiki..
InsyaAllah...

Oleh itu, kita sebagai muslimah, kita mestilah menjaga diri kita daripada menjadi mangsa kepada lelaki yang tidak berhati perut di luar sana.

JAnganlah kau memakai pakaian yang menjolok mata..
Janganlah membiarkan lelaki ajnabi melihat sedikit pun auratmu..
Longgarkanlah pakaianmu wahai muslimahku..

Jadilah seperti pohon semalu,

Pabila ada yang menyentuhnya,
Ia tertutup malu..

Oleh itu, kita sebagai wanita di dunia ini,

haruslah mempunyai sifat malu itu..
Jangan biarkan diri kita disentuh oleh ajnabi.

Oleh itu,

Kita mestilah mengawal diri kita jika kita jatuh cinta.
Ingatlah CINTA kerana Allah..
Janganlah kita terlalu mengikut nafsu.


Wahai muslimah risau, jika jodohmu tidak sampai..
mungkin ada hikmah di atas kelewatan itu..


Berdoalah banyak-banyak..

Solehahkan lah diri kita..

Mudah-mudahan kita akan mendapat pasangan yang soleh juga..

InsyaAllah..


Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...