Nikah!!!!

•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

 "Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinya RM..."

 Bunyik macam senang jer kan, macam gampang gituh. Nak tahu ke maksud sebenar lafaz akad nikah tu yang sebenar-benarnya? Ni ha maksudnya...

"Aku tanggung dosa-dosa si dia daripada ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, daripada dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa-dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."

Ni la maksudnya yang sebenar-benarnya. Amacam ada sanggup ke? Dah ready ke bagi yang gatal sangat nak menikah tu. Actually ramai yang kahwin sebab main-main, yela maunya aku tak kata diaorang main-main. Kahwin sebab nak rasa nikmatnya malam pertama ja.... Padahal tanggungjawab kita selepas kahwin tu besar, bukan terlaksana pun. Kalau ada x semua tanggungjawab diaorang terlaksana, sikit je pun, kalau terlaksana semua pun hanya segelintir ja. Orang yang faham apa maknanya PERNIKAHAN. Makanya kalau maw kahwin, yang benar dong. Fahami maksud sebenar MENIKAH itu apa.. Baru kahwin. Hanya orang yang betul-betul bersedia ja yang dapat galas tanggungjawab mereka. Hello korang kahwin untuk mengikut sunnah kan? Memangnya mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW tu benda main-main ke? Serius la sikit!! Bukan taw kahwin cerai kahwin cerai. Memang la cerai tu halal tapi BERCERAI adalah perkara HALAL yang DIBENCI Allah SWT. Bukan benda main-main ok. Cuba la berfikiran matang. Fikir masak-masak. Kahwin hanya sekali beb. Memang la lelaki boleh kahwin sampai empat. Aku tak nafikan tu. Tapi kalau hanya nak kahwin main-main baik tak payah. Pergi je main dengan bebudak kecik nuh. Main kahwin-kahwin. Jadi budak-budak sat. =.='

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan tiada gunanya."

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan, 
dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati...
kamu dan dia
dalam 2 hati itu Tuhan berikan 3 rasa..
sayang, kasih dan kasihan
dalam 3 rasa itu diselitkan dengan 4 tujuan...
berkenalan, berteman, berkawan dan bersama
dalam 4 itu tersembunyi 5 perkataan, 
TEMAN BAIK SELALU ADA DI SISI
dalam 5 perkataan tersembunyi 6 impian iaitu 
sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai dan mengingati
serta dalam 6 perkataan itu tersimpul 11 huruf iaitu 
P-E-R-K-A-H-W-I-N-A-N....

P/S : PERKAHWINAN adalah jalan yang terbaik dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bercinta kerana Allah. Bukan kerana nafsu semata-mata...




Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...