Aku Berubah Juga Akhirnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••


Hari ni aku ada la blogwalking ke sebuah blog hasil tangan sahabat aku.
Aku terbaca satu coretan ni, aku terasa hati juga la sebab sebelum ni perangai aku sebiji macam yang diceritakan tu. Tapi disebabkan cerita blog seorang sahabat yang menceritakan kisah seorang wanita tu dan atas saranan dan nasihat sahabat akrab dan juga mak dan abah, aku nak berubah. Cerita kat bawah ni memang sejibik macam perangai aku dulu. Aku tak nafikan, saling tak tumpah macam tu. Aku just copy paste je ni...Aku ubah nama aku dan nama member aku je... Tu pun nama samaran member aku dan mak ngan abah aku je. Bacalah....



Dulu,
aku selalu buat jahat..
Selalu tinggalkan solat,
tak dengar cakap mak..
Selalu tak buat kerja sekolah yang cikgu bagi.
tak dengar cakap cikgu..
dan selalu digelar BUDAK DEGIL..


Ya,
Aku akui itu,
aku memang pon DEGIL..
tapi tak semestinya aku takde perasaan,
tak ingin berubah..





Ada satu hari tu, adalah seorang hamba Allah ni, hehehe abah aku daaa. Dia cakap kat aku, hang ni Ana, bilalah hang ni nak berubah. Hang ni degil sangat, tolonglah ubah perangai hang ni. Aku pun cakaplah kat abah aku, insyaallah adik akan ubah diri adik ni. 


Aku akan buktikan yang aku akan menjadi budak baik satu hari nanti..
baik pada masyarakat dn menjadi yang terbaik di sisi Allah..

Ada pulak sorang hamba Allah ni,
sahabat aku daaa,
dia kata kat aku, 'Bole ke kau berubah?? dengan hati kau yang keras macam batu"
huh.. aku akan buktikan..

kawan, sepatutnya kau beri aku dorongan, bukan melemahkan lagi semangat aku.. huh..





Nama saya Suhana ataupun korang boleh panggil aku Ana. Aku teringat waktu pertama kali aku berjumpa dengan seorang sahabatku yang bernama Arif.

Dia bagaikan malaikat bagiku, dia seorang yang sangat baik. Dia sering menasihatiku agar bersolat, mentaati ibu bapa dan guru. Apa yang aku buat akan ditegurnya jika salah. Dia mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.


Kini, aku terlalu menginginkan perubahan kerana, aku merasakan hatiku begitu tenang bila solat, aku juga merasakan jiwaku yang kosong kini terisi dengan kebaikan, dan kalam indah Allah..






Aku kuatkan tekad untuk ubah diri aku. Untuk menjadi yang lebih baik. Aku minta bantuan Arif. Dia banyak mengajar aku tentang islam. Sekarang ni aku dapat merasakan indahnya islam. Mak dan abah aku juga kagum dengan perubahanku ini.

Bila pandang muka Arif, hatiku berasa tenang sekali, dan sering ingat pada Allah. Betul kata orang, sahabat yang baik, apabila kita lihat wajahnya, kita akan mengingati allah..





Aku juga tidak lagi melawan cakap mak dan abah. Di sekolah juga aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan menyiapkan semua kerja yang cikgu bagi. Aku juga mempunyai semakin ramai kawan. Mungkin mereka senang dengan perubahanku.


Alhamdulillah, kini aku dapat menjadi lebih baik di sisi masyarakat dan di sisi Allah..

Aku juga bersyukur dikurniakan sahabat seperti Arif yang sanggup membimbing aku ke jalan yang benar.

Dia selalu berkata kepada orang yang suka cakap aku DEGIL, katanya, kalau kita tahu perangai dia buruk, kita patut bimbing dia, bukannya mengutuk dia. Ha ni ayat dia yang paling aku suka hahahaha... Kawan yang baik.


Aku bersyukur kerana aku sempat berubah sebelum ajal menjemputku.. 

Ya Allah, kau kuatkanlah aku untuk aku istiqamah dalam setiap ibadah ku kepada Mu..
Dan berilah aku kesabaran dalam setiap dugaan hidup di dunia ini.. Amin.. 


Alhamdulillah.. aku berubah juga akhirnya... :)
Sekarang aku happy dengan hidup aku dan perubahan aku. Aku pun dah ramai kawan dah sekarang ni.
Happy sekarang tersangat lah happy.


Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...