Jodoh Itu Ditangan Allah S.W.T.

Assalamualaikum... Apa khabar arini sihat? Aku nak storykan about jodoh. Semua orang tahu kan .. jodoh, pertemuan dan maut itu semuanya di tangan Allah SWT. Semua orang tak nafikan hal ini. Kenapa kita mesti risau tentang jodoh? Yup jodoh. Bercintan cintun. Bercouple. Heshh semua orang yang bercinta ni berfikiran mereka sudah dapat seseorang yang sesuai untuk diaorang. Hello perjalanan hidup korang masih panjang ok. Sebelum di akadnikahkan anda akan berjumpa dengan bermacam jenis ragam manusia. Yela. Cuba korang bayangkan, sekiranya sekarang ni anda tengah bercouple dengan seorang lelaki/perempuan ni. Bagi korang pasangan korang ni tersangatlah perfect. Sampaikan anda yakin bahawa dialah jodoh anda. Padahal lepas tu, anda akan jumpa dengan lelaki/perempuan yang nampak lebih bagus or lebih baik daripada pasangan anda tu. Then, anda mula lah berandai-andai bahawa "Kalaulah aku jumpa dengan lelaki/perempuan ni dulu sebelum pasangan aku ni, kan bagus. Bahagia ja hidup aku sekarang kan." Hello sedar la sikit anda sudah punya pasangan masing-masing. Jangan kecewakan pasangan anda itu. Macam mana kalau pasangan anda tu betul-betul setia dengan anda. Dan anda pun telah sia-siakan kesetiaan yang pasangan anda berikan. Hanya Allah ja yang tahu betapa kecewanya pasangan anda tu. Fikir la sikit. Sebab tu la ada pepatah yang menyatakan bahawa 

"Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perbuatan." 

Baru la nanti anda tak menyesal dikemudian hari. 

"Terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak perbuatan tiada gunanya." 

Ingat itu sahabat. Banyak peribahasa yang telah kita pelajari. Aku yakin anda tak la sebegitu bodoh sampai tak dapat nak menilai sesuatu yang baik dan sesuatu yang buruk. Kemon.. la kemon.. Allah telah mengurniakan akal fikiran yang waras dan sihat kepada kita. Takkan kita hendak mensia-siakan anugerah yang dikurniakan oleh yang Maha Esa. Sebab tu la kita seharusnya dengar nasihat orang lama a.k.a orang tua kita, ibu dan ayah kita. Mereka terlebih dahulu merasa asam garam kehidupan ni macam mana. Nanti tak lah anak cucu mereka tersalah pilih perjalanan hidup. Aku yakin ibu dan ayah anda pasti anda berpesan kepada anda agar berlajar dahulu sebelum bercintan cintun ni kan. Jangan tipu la. Ibu bapa mana yang tak nak anak-anak mereka berjaya kelak. Aku ingat lagi pesanan abang aku. 

Dia cakap kat aku:

"Belajar dulu sampai ke menara gading. Nanti dah kerja dah berjaya baru fikir pasal jodoh ni sebab nanti dalam kehidupan seharian kita, kita akan jumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia. Kita jugak akan berjumpa dengan ramai rakan-rakan baru. Di situ baru kita dapat tahu hati budi diaorang macam mana. Nanti kalau nak bercinta dengan diaorang ke, dah terjatuh hati kat diaorang ke dan begitulah sebaliknya, kita tak la menyesal dalam membuat keputusan. Sebab kita dah kenal hati budi diaorang masing-masing."

Hmmm.. Nasihat yang luar biasa kan. Yala kowt ( Saja nak puji abang aku dalam blog ni hahaha ).. Yaaa itula nasihat seorang abang kepada adiknya yang sememangnya nakal ni ( Nakal je tak jahat lagi ). Eh sayang jugak abang aku kat aku kan. Abang mana yang tak sayang adik su oi. Hahaha .. Yala yala abang aku yang the best of the best. Ha balik kepada topik tadi. Adakah anda faham apa yang aku taipkan? Apa tak faham! Buat-buat faham je la eh. hehehe.. Ok-ok kita teruskan..Sememangnya kita mesti nak yang terbaik dalam kehidupan kita dan kita dah pun merancang sesuatu yang terbaik dalam hidup kita. Tetapi sedarkah anda bahawa 

"KITA YANG MERANCANG TETAPI SEGALA YANG KITA RANCANG ITU DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT..!!"

Ya begitula keadaannya. kita merancang Allah yang menetukan. Begitu juga la dengan kejadian terdirinya sebuah ruma, bangunan dan sebagainya. Sememangnya arkitek yang melakar dan merancang, para buruh bangunan yang binakan tetapi Allah yang kukuhkan bangunan tersebut supaya elok dilihat dan didiami oleh para hambaNya. Begitulah perhubungan sepasang kekasih yang mereka bina. Perlulah atas restu keluarga dan restu Allah SWT. Barulah institusi sesebuah kekeluargaan tersebut kukuh dan baik. Semuanya atas kehendak Allah SWT. Dan sesungguhnya Allah SWT mahukan yang terbaik untuk para hambanya.

♥ SEKUAT mana saya SETIA...
♥ SEHEBAT mana saya MERANCANG...
♥ SEJAUH mana saya MENUNGGU...
♥ SEKERAS mana saya BERSABAR...
♥ SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...

~♥ Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama...Kita Tetap Tidak Akan Bersama
~♥ Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang...
~♥ Dan Sebaik-Baik Yang Merancang Itu Adalah Allah s.w.t..

Bila kita memang dijodohkan, apapun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan. Namun bila memang kita tidak dijodohkan, apa pun usaha pastikan tiada hasilnya. 


Ya Allah ajarkan kami mencintai dengan sederhana, 
ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, 
ajarkan kami untuk lebih mecintai-Mu dan kekasihMu. 
Ya Allah jauhkan kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta,
 aku mencintainya keranaMu, 
aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki 
dan gantikanlah yg terbaik menurut kehendak Engkau Ya Allah~ ♥

→ Kalau kita di KECEWAkan apa yang kita buat??
→ ( -_-) - Mestilah MENANGIS dan SEDIH
→ SEBAB......??
→ ( -_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu
→ dan lepas tu kita kamu BUAT APA??
→ ( -_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi!!
→ 0o0 macam tu ke?
→ ( -_-) - Mestilah!
→ TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT???
→ ( -_-) - Sebab??

♥ Dari kerana sebab KECEWA,
ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada Makhluk-Nya, INDAHKAN??

♥ JADI jangan sedih sangat ,INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita ♥

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH


S è ñ y u m
                                         S y ü k ü r                                         
             S è l ä l ü . . (^_^)

Jadilah wanita comel dan manja untuk bakal suami anda nanti.
Buat sementara waktu nie,simpan dulu perangai comel dan manja
anda..Jangan dedahkan pada si dia yang belum halal untukmu..
Tunggu masa anda dah bergelar suami isteri nanti baru laa anda
luahkan comel dan manja yang ada pada diri tu..

Begitu juga dengan lelaki.. simpan macho tu dulu..
nanti bila dah kahwin baru open sifat macho & gentleman
yang ada pada diri anda tu..Romantik laa sepuas2nya
kerana islam memang menggalakkan pasangan yang sudah bernikah untuk sentiasa jadi ROMANTIK..


SubhanAllah..Indahnya ROMANTIK selepas NIKAH... ♥ ♥ ♥
....aku mcintaimu krn smngt prjuangn agama yg ada pdmu, jika hilang semangat perjuangan agama padamu, maka aku akn segera mlengkapinya agr ia kembali semula kpdmu.Krn itulah perlunya diriku dn dirimu slg brusaha mji insan yg tbaik stiap masa,krn tkkan sesekali ingin aku biarkan dirimu rebah tak bermaya krn hilangnya semangat agama ....
MEMUPUK CINTA YANG TIDAK HALAL=
MEMUPUK PENDERITAAN DAN KEKECEWAAN!

saya tak mau cinta sebelum nikah..
so jangan sentuh hati saya! 
saya tak suka tanggung seksa cinta yang tak halal
SELAMAT TINGGAL..bubye..

♥✿✿✿ Jika ALLAH tidak memberikan seseorang yang saya IMPIKAN,
semoga DIA menghadirkan SESEORANG yang MENGIMPIKAN saya....^_^ ✿✿✿♥


INFO : http://perkongsianyangindah.blogspot.com/

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...