Dedikasi Buat Kaum Adam..

•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

kerana aku wanita, pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanita, ingin disayangi itu fitrah diriku
kerana aku wanita, mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
kerana aku wanita, emosiku selalu mengatasi logik akalku
kerana aku wanita, air mata teman setiaku
kerana aku wanita, sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
DAN..
kerana aku wanita, aku damba pertolongan darimu Adam, peliharalah bicaramu dengan ku, jangan bermain kata denganku, takut rosak hatiku
kerana aku wanita, akhlakmu ukuran di mataku, peliharalah akhlakmu dan imanmu jangan kau burukkan darjatmu pada mata ku, takut rosak thiqohmu
kerana aku wanita, maka peliharalah susunan kata-katamu kerana aku mudah terasa, namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
kerana aku wanita, peliharalah dirimu dari mencemuhku saat titisan jernih mengalir dari mataku, kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali
kerana aku wanita, aku memang sangat peka, maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya
WAHAI ADAM
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool', hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantan, darjatmu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan, maka tiada lagi hormatmu dari kami


Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen anda di sini :)
Terima kasih mengkritik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...