Rindu Si Adik :)


Hai semua. Selamat hari-hari ! :D Hehehe
Howdie today guys ? So long not taip-taip ...
Well, jadi indipendent sementara sem ni. Jarang balik kampung kecualilah kalau cuti panjang seminggu ka.. Kalau 2 atau 3 hari, ni oh sorry lah tak rajin nak naik pengangkutan awam. Kos sara hidup boleh tinggi tiba-tiba.
Know what ??? Sem 5 dan 6 dikenakan stay luar kamsis nanti .. Apak dia lah, aku baru bermimpi-mimpi nak jimat duit nak beli IPhone dot dot..
Yalah mintak dekat abang-abang aku tak lepas. Mintak beli untuk aku, dibelinya untuk dia. Bila dimintak lagi dikatanya,

"Boleh, tapi nanti la time hang dah kerja ada duit sendiri, so pi beli pakai duit sendiri !"

Hambik kau kena sejibik dekat aku.
Tunggu aku kerja ek ? Erm erm aku ingat nak sambong sampai Master ka Phd ja teruih senang (macam aku rajin sangat nak membelek buku nih -_-). Hidup dijamin ditanggung oleh family kah kah kah.

Umor dah tua, perangai tak matang-matang lagi. Eh betoi pa.. Mak aku selalu cakap aku ni budak kecik haaa such as,

"Adik, hang kecik lagi jangan dok mengada-ngada !"

Tapi, bila aku macam macam macam macam-macam lah malas ka, tak mau buat apa yang disuruh ka, mesti mak aku cakap,

"Adik, hang dah besaq dah, tak reti-reti lagi ka ?"

Haaa aku pon hairan aku ni sebenarnya kecik lagi ka dah besar dah ?
Ok kecik lagi sebab aku yang paling bongsu.
Lalalala~
(Tolong jangan pertikaikan ! =..=)

Well, semenjak dua menjak tiga menjak men'indipendent'kan diri ni di bumi Perth ni (Perlis ja pon), I miss my home, my mom, my dad, my brothers, my nephew, my sister-in-laws and others lah (yang berkenaan dengannya).
Cuba berdikari sebenarnya... Tapiiiii, nak kata FAIL tu dak lahh.
Masih berdiri tegak dikaki sendiri okay !

Teringat moment-moment suatu ketika dahulu.
Time kecik mulik-mulik dulu.
My brothers 3 orang yang agak perasan hensem tu yang poyo tu eheheheh
(Tolong jangan marah ebelibadi)
Well, aku dibesarkan dengan kehadiran mereka ini.
Dulu, dekat rumah aku mana ada budak perempuan. Aku ja perempuan tunggal di situ. Lelaki ja banyak. Oleh itu, aku pon main la dengan depa ini dan depa ni sahaja lah teman bermain aku sampai lah munculnya baby kecik yang berjantina perempuan XD. Tak dak depa abang-abang aku ada. Suka gadoh dengan depa, carik pasal hahahahaha.
Depa pon layan, hai adikkan ........
BTW, aku tak rasa aku manja sebab errr sebab, aku dibesarkan dikalangan lelaki kot, maybe.
Serius, rindu..

= Nak gadoh dengan depa..
= Nak carik pasal dengan depa..
= Nak main layang-layang dengan depa..
= Nak main bola dengan depa..
= Nak main badminton dengan depa..
= Nak belajar dengan depa..
= Nak buat kerja sekolah dengan depa..
= Nak tidoq dekat kusyen ramai-ramai dengan depa..
= Nak tengok tv sama-sama dengan depa..
= Nak jaga kedai mak sama-sama dengan depa..
= Nak kemas kawasan rumah dengan depa..
= Nak kutip buah dengan depa..
= Nak makan dengan depa..
= Nak keluar main bowling dengan depa..
= Nak keluar borong baju dengan depa..
= Last one thing, (aku ja nak benda ni) nak kena marah dengan depa..

Mungkin depa takkan ingat, tapi aku, akan tersemat dengan kemas dalam memori ini sampai bila-bila sebab THERE ARE MY BIG FAMILY !
How can I forget it ?
My LIFE, my SOUL, my HEART, my BREATH
My EVERYTHING !

Hopely, rindu aku sampai dekat depa, yang jauh di sana.
Mendoakan mereka, everywhere , everytime.
Still in my HEART <3

* Daripada adik yang paling kecik. :)

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Zaman Baru nak UP !

•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Hai gais !!! Howdy today ?
Good or no good ? Such a lovely sky tonight.
Menipu gila Suhana Razak ni.
Padahal dekat luaq sana hujan lebat -_-
Yea yeaaaa Aku bosan senanya.
Dan...
Disebabkan kebosanan aku ni..
I want to tell u about zaman time aku baru nak up dulu XD

Dah almost 3 years I habis sekolah menengah dan aku dirundum pilu (waaaaaaaa muka comey nangis) 
Jujur rindu dekat kawan-kawan..

Betul la cakap orang di setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Arghh sakitnya nak terima perpisahan ni.. Sakit ya amat bila kita kena berpisah dengan sahabat kita kan. Paling aku takuti bila masing-masing melupakan persahabatan yang dah lama terjalin dan lupakan segala kenangan yang telah dirukir  bersama selama bertahun lamanya. Masa sekolah rendah tu tak hairan lah, tak tahu apa-apa lagi. Bila diri dah berada di sekolah menengah, bila diri sudah semakin matang, bila diri sudah boleh memahami erti persahabatan yang sebenar, pasti ia menyakitkan untuk kita lepaskan kan.. Tambah-tambah masa form 4 dengan form 5. Banyak kenangan beb..

Masa form 4 dulu kami tak la rapat sangat. Tapi masa form 4 tahun last nak habis sekolah, tiba-tiba jadi kamcing haha tak kira lelaki atau perempuan. Satu kepala beb... (kau ada?) Siap MOST WANTED lagi (wahaha) ok mengaku budak-budak kelas aku memang nauckal (ejaan kawan aku yang ajar) memang 'FAMOUS' dalam bilik guru. Ada ja isu yang timbul, yang tokok tambah pon ada siap menfitnah lagi. Parah memang parah. Kalau hampa nak faham keadaan kami, hampa kena la belajar and dudok 1 kelas dengan kami haha.. 

Yalah. Tak kenal maka tak cinta kan.
We allsss baik tau. Trust me.

Hei, time sekolah menengah dulu bebudak pandai a.k.a. Kelas A yang paling depan mesti yang 'FAMOUS' kan. Yalahh, pandaaaaiiiii.Tak pown kelas tercorot yang 'FAMOUS' sebab kenakalan dan kemalasan serta kebiadaban yang amat. Tapi bagi tahun 2012 yang meriah betempat di sekolah aku (nama dirahsiakan) lain pulak ceritanya. Budak-budak kelas kedua or pertengahan or kelas B yang 'FAMOUS'. Kononnya la, budak-budak lelaki kelas aku banyak yang ada admire (admire kau), tapi aku tengok ermmm.. Tak mau la kata apa kan, nanti ada orang bawak parang mai rumah aku mana wa nak lari !!.. Selain daripada itu, kami ni nakal lain daripada yang lain sikit. Sikit jala sikit. Hei tapi kami nakal ja taw, tak jahat lagi. Dalam baik-baik kami ada nakalnya :D Biasa bro, budak baru nak up hekhek.. 

Oleh itu, aku, dengan ini, mempersembahkan...
Sebuah cerita.. Tentang kami..
Jeng jeng jeng...


Pertama :

Penah tak hampa bawak masuk Slurpe 7E punya dalam sekolah time pelajaran sedang dijalankan ? Ala Slurpe yang 7E selalu buat promotion tu, yang ada sampai bawak periuk belangga nak pi ambik tu, tipu sangat tak kenai kan. I mean time tengah belajar la. Minum beramai-ramai ok, sorang satu pulak tu. Weh lepas habih minum kami tak buang keh. Kami buat perhiasan dalam kelas, susun bebanyak dekat tingkap. Pernah tak hampa buat? Mesti tak kan har har.. Dua orang daripada kami (pengawas kot beb), pergi keluar beli banyak-banyak Slurpe untuk minum secara berjemaah.. Pepandai la yang lain cover line hehehe.. 


Kedua :

Budak-budak kelas aku ni ada ja akal yang baik punya nak dibuat. Kalau sekali dua takpa lagi beb ni banyak kali :) Ala orang lain pun ada buat kot, juz kami pelik sikit ja (sikit ja tak banyak pown) Orang kalau nak mintak balik mesti la kena ada alasan yang kukuh betul tak? Dan perlu mintak surat kebenaran balik yang ditandatangani oleh PK Hem or cikgu yang bertugas or cikgu disiplin or pengetua betul tak? Dan hampa pon mesti la reka macam-macam alasan. Budak-budak kelas aku tak macam tu. Kami guna alasan yang sama selama kami hidup dekat sekolah ni. Tak pernah lagi la kami tukar. Alasan kami, "Nak pi ambik lesen." Hahaha berulang-ulang kali begitu dan cikgu pown benarkan.. What the .... .. ? Err nothing nothing hehe.. Walaupunbegitu rupa, masih ada lagi yang jujur termasuk aku. Tapi aku tak pernah buat kerja macam tu ok. Percayalah hahaha..

Ketiga :

Lepas boleh balik dengan surat kebenaran yang kami dah kelentongkan, kami pon beransur pulang. Bukan sorang dua tau tapi secara berjemaah angkut geng ramai-ramai =..= Siap keluar naik moto lagi. Yang si pak guard pulak percaya macam tu ja. Padahal surat tu ditunjuk dari jauh. Ada la pak guard baru mai first day keja dah kena kencing dengan kami. Hampas kan =..= Tau tak macam mana boleh keluar ramai-ramai? Kami ambik surat kebenaran yang ditandatangan oleh yang sepatutnya tadi pi potostat haha.. Jadi ada banyak helai la an dan boleh digunakan oleh banyak orang la an muahahaha ^^ Bijak memang bijak. BIJAK KENCING ORANG ==' Kawan aku jugak.. (aku dak, aku baik)


Keempat :

Bila kelas kami tak ada cikgu or cikgu tak hadir, kami akan lepak kat luar koridor kelas berjemaah. Beb, bukan koridor kelas atas tau. Kelas bawah sekali haha. Siap ada 'padang mini' lagi depan tu :P ditanamkan pokok pinang lagi haha. Macam-macam agenda yang kami buat masa lepak tu. Tak kesah la ada cikgu lalu ka tak. Yang pasti kami nak hilangkan kebosanan tu dengan idea kegilaan memasing. Kami akan bernyanyi beramai-ramai tak pon berperang ka dengan kertas bola atau main game (apatah yang glamoursss masa tu, Super Spontan kot) aku pernah kena denda cium pokok pinang bhai. Tak guna. Yang lelaki pulak siap berbaring lagi kat depan tu. Memang pelajar contoh la kami ni kan. Ya ya senior yang memberikan contoh yang 'baik' kepada junior :D Memang 1 blok tengok la kalau kami buat 'kepala' time macam tu. Form 3 and Form 4 terutamanya. Pantang kami buat bising sikit mesti ada ja yang mengendap dari atas, bawah, depan, belakang. Ada jugak mengendap sebab lain taw. Hala, tak ke budak laki sampai ke puang ada ja admirenya.

Kelima

Pernah 1 hari tu cikgu kelas tak hadir. Tiba-tiba member wa yang paling setan antara kami tak pon kepala besaq la dalam kelas aku cakap 
"Wei daripada buang masa dok saja macam ni bek kita baca YASIN !"
1 kelas tekejut bhai. Errr memang bunyik agak felik. Memang tak dinafikan aku pown terkejut siap kata dalam hati "Jantan ni bila start insaf ?" Last-last semua setuju la. Akhirnya bergema jua alunan bacaan YASIN yang diketuai kawan aku yang setan tadi tapi baik pada hari itu. Yang non-muslim pulak buat hal depa ja. Lepas ja bacaan YASIN tu selesai, nah kembali seperti asal tak mengutuk, memaki. Tak memaki, menyakat. =..= Kawan kawan (geleng kepala)

Keenam :

Walaupun kami ni nauckal macam mana sekali pown, tapi prinsip kami "Biaq nakai janji hormat oqang." (baikkan :3) Kami selalu ingat hari-hari yang istimewa such as bezday kawan-kawan, bezday cikgu-cikgu and sambutan yang diadakan di sekolah. Even dalam sehari mesti ada yang tak mai sekolah. Tapi hari yang selalu kehadiran FULL adalah pada hari peperiksaan gooooodddkan :) Ada satu hari yang istimewa ni 14 June. Hari jadi cikgu kesayangan kami a.k.a ibu kami (err kakak kot seperti yang diminta olehnya sendiri) di sekolah. Memang kami sambut kaw-kaw la haha. Berbeza dengan sambutan hari jadi kawan-kawan aku yang kami lebih suka menyambutnya dengan balingan telur, air dan tepung =..= Yang ni aku tak suka -_- Sebab ada satu hari time bezday aku, aku telah dikerjakan secukupnya dengan bebudak lelaki ! Dah la kena simbah dengan air, kena baling tepung pulak. Nasib bukan telur. Bebudak pompuan buleh berkompromi dengan depa. Macam ni dah la. Ni la membe. Macam ni laaaa !!
Fuuuuuuuuuhhhh ! Ingat lagi masa bezday aku hari tu masa last day exam SPM. Keluar ja dari dewan terus kena tenyeh dengan tepung. Betul-betul dekat tapak perhimpunan. Semua tengok woiii malu.. Sekali cikgu-cikgu. Cikgu disiplin mai join sekali kot !! Memang putih melepak aku lepas tu, takyah pakai bedak, takyah sesusah nak putih. Nasib bawak baju spare.


Ketujuh :


And the last one but not less, aku nak cerita pasal hari last sekolah sebelum exam SPM start. Kami buat sambutan hari perpisahan dengan cikgu kelas kami, ala yang ibu atau kakak tadi tu (errr) iaitu Cikgu Suriani Mohd Saad. Hari yang melakarkan seribu satu perasaan masa tu. Bila mana kami menyanyikan lagu "KENANGAN TERINDAH" by Kumpulan Samsons untuk beliau. Aku yang paling tak tahan sebak. Baru nak mula nyanyi dah banjir. Aku ni nampak ja brutal, dalam hati ada taman T.T Siapa la yang tak banjir bila memikirkan hari tu adalah hari terakhir kita bersekolah dan belajar dengan cikgu-cikgu kesayangan kita :') Memori yang tak dapat dilupakan. Tambah-tambah lepas habis lagu tu ja, bebudak laki buleh sambung nyanyi lagu jiwang karat -_- Lagi la meleleh !! Tapi cikgu kesayangan kami tu boleh lagi cover ayu bhai. BTW lastly banjir jugak hahaha.. Terima kasih cikgu. Banyak jasa cikgu pada kami.

Memang banyak sangat kenangan antara aku, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan sekolah :) Memang tak dapat dilupakan. Cukup ni saja aku ceritakan dekat hampa buat masa ni (kecian la kat aku kena taip panjang-panjang) Nanti ada orang meluat pulak (tu yang follower tak up pown -_-) Aku ni seorang yang suka pendam perasaan. Aku tak tau nak mula cerita macam mana (sebab tu masa bertandingan bercerita masa sekolah rendah aku tak dapat hadiah -_-) Tapi bila aku start cerita, dengarlah, bacalah, hayatilah. Sebab susah aku nak share dengan orang kisah hidup aku :) 
BTW thankz sudi membuangkan masa anda membaca ceritaku yang bajet emosional sanggatt ni. Yala kita tak dak tempat nak mengadu. Blog la tempat aku melampiaskan keganasan aku  X) X) X)




Ok la Salam Sayang semua :)
XOXO


Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Kasihkah Aku Pada Rasulullah ?

•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Hai kawan-kawan..

Alahai malasnya aku nak update (sambil garu dahi).. Hello bukan cara aku. Aku banyak cakap ok, and banyak membebel. Tak percaya? Percayalah.. 

Aku nak tulis (ops shilap, maap maap) nak taip (haa) something ni. Tak tahulah kenapa hari ini aku rindu sangat dengan Rasulullah SAW kita. Alahai. Tadi ada la baca 1 post seorang kakak kat dalam FB. Dia post nama-nama PARA RASUL kita. Terus aku nyanyi lagu Raihan yang bertajuk 25 Rasul. Nah, aku ingat nama-nama Para Rasul kot (wahahahahaha bangga den) Eh eh sebelum tu hampa pernah tak dengar lagu ni? Jangan hairan kenapa aku tanya.. Ada juga dalam kalangan kita ni tak tahu nama-nama Rasul tau. Hmm ok kecewa sikit. Ada sesetengah pihak yang menganggap perkara ni remeh temeh.
(how dare u! cincang buat sup maw)

Gais, jangan pandang hal remeh dengan remeh.
Kekadang yang remeh ni lah bawak kesan yang besar

Nak aku bagi KHAS untuk yang tak pernah dengar lagi tu..



Aceh ewah goyang goyang.
Done ? Best kan.. Amalkan la sayang. Kita WAJIB ingat 25 Rasul ni. Jangan jadi orang ISLAM pada IC saja. Buktikan yang anda seorang Muslim yang sejati :).. 
I will proud with you beb.. 

Rindu aku pada Baginda takkan pernah hilang.. Jujur aku nak sangat berjumpa dengan Baginda. Berhadapan dengan Baginda. Luahkan apa yang aku rasa kepada Baginda. Anda pon pasti begitu bukan? Siapalah yang tak nak berjumpa dengan Baginda.. Ya dak?

Tapi..
Apa aku layak ? Diri ini punya banyak dosa, banyak cela, banyak masalah.
Apa baginda mahu menerima aku sebagai umatnya ?
Benarkah aku kasih apabila masih banyak ingkar dengan arahanNya, suruhanNYA ?
Yalah, solat entah ke mana.
Ngumpat ? Jangan cakap lah, asal dudok 1 meja dengan membe-membe ada ja cerita nak bercerita.
Pasal orang itu, orang ini, membe dulu, membe sekarang.. Aib orang and so on.

Ya, aku tak sempurna mana dan tak ada manusia yang sempurna kecuali baginda.
Cuma bezanya kita insan biasa.
Bila buat salah, dipersalahkan, mesti ada yang soal
"Mana ada manusia sempurna ?"
"Semua ada buat salah."
And so on.

Gais,
Kalau kita tau benda tu salah, apa pasal kita buat ?
Simple right.

Yes..
Nobody perfect
But, kita kena cengah, kena elak dari buat salah.
Right.

Ya Allah..
Sampaikan rinduku kepada KekasihMu Ya Allah..
Hati ini terlalu merindui Baginda.. 

Tabarakallah...


Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

My Lovely One :)

•••(۞)••••السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله••••(۞)•••

Hai gaisss...
Acelli kan.. Aku kan.. Nak kan.. Bagitau kan.. Yang kan... Aku kan...
Dah kan... Ada kan...

Anak buah yang pertama !!!!

What a ohsemm my brotherrrr .. 
Good job bro..
Hebat !!
Kan kan kan..

Al-Kisah..

Kejadian ini berlaku di mana pada tarikh 16.9.2012 hari tu. Bertempat di Dewan Bersalin Muslimah di Pulau Pinang pada jam 6.50 petang (kalau x silap la, kalau silap maafkan saya) Telah lahirnya seorang bayi lelaki
Dan telah diberi nama oleh abah dan mamanya 
Muhammad Adam Amsyar Bin Muhammad Shahrul
(sedapkan, biasa la.. kau ada??) 

IT'S ADAM !!!
What a sweet.
My favor name tu.
(BTW mana abang aku tau ADAM adalah nama feveret aku ?)

Nak tengok gambarnye ke?? Banyak tau (dengan senang hatinya aku uploadkan untuk tatapan kalian)
Glamour la Adam lepas ni >.<

Dengan ini, saya MAKSU yang ohsem lagi sweet
mempersembahkan... 
jeng jeng jeng (<---- suara latar, suara latar)



Beginiah rupanya di saat dia dilahirkan setelah berapa jam tak tau 
(maaf hilang ingatan pasal masa -_-)




 Ni pic sebelum majlis bercukur (comey kan kan kan :3)




Ni lepas majlis bercukur. Yang ni haha gaya dia tidoq.
Memang pose febret dia XD




Ni kecik-kecik dah pandai bad mood -_-. 
Mama dia cakap dia bad mood sebab ayah dia balik keja lambat haha.. 
(anak BAPAK)




Tengok kecik-kecik dah pandai pose bergambar. Suka ambik ambar ni :D




Yang ni mata bulat o.O hehe ikowt mama dia




Tengok dia dah pandai gelak :) Kuat menyembang ni hehe




Ni pic Adam dengan abah n mama dia. Cantik kan? Hensem kan? Begitulah jugak aku XD




This is my pic, my mom and my nephew (anak buah laki nephew kan) Agak kabur kan.. Tapi mak aku cantik :D
Dan kenapa aku gelap ?
Sapa tangkap pic nih ?
FAIL !!!

Ok sudah cukup cukup sudah (waaaa kilat my berdentum dentum)
Terlalu banyak untukku mengupload.
That all from me.
Nanti kalau anak buah baru lagi aku upload lagi eh.
Hihihi nok buak geno, ni jo caro ambo nak simpang memori kisah hidup ambo.

Bye.. Salam.. Selamat membaca entry yang lain yeee.
XOXO

Thankz coz sudi baca entry aku, Like larh kalau suka :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...